This blog is about Bubuye and her lil bro and lil sis.

Friday, February 13, 2015

Yukiko No Bunko

Dah kenapa dgn Yukiko ni..sapa Yukiko???



Budak sengal yang makin sengal..The 7th sengal in da house.. Meet our Yukiko No Bunko a.k.a Bun-Bun

Friday, September 26, 2014

Ear Mites!!! Bagaimana mengatasinya

Mama Bubuye rasa mesti ramai kawan-kawan pernah menghadapi masalah ni. Mama bubuye selama ni tak pernah ada masalah ni. Until ada Maru and Toncit. Haishhh.. Pening2. Habis semua berjangkit. Cotton bud tu dah jadi best friend Mama Bubuye dah. Asal ada masa je, cuci. Frontline spot on dan ear cleaner memang antara product favaourite saya. Dulu kan, ada sekali tu Bubuye kena sampai ada bau dalam telinga dia. Sorry bubuye, it is my fault. It is my responsibility to make sure this wont happen again. Rumah kena selalu vacuum. Kene rajin monitor telinga mereka till 100% free off ear mites. Biar berbelanja beli cotton bud and ear cleaner + frontline asal anak-anak sihat.


Nak tahu macam mana rupa earmites?? kene pakai microskop baru nampak tau. 

Sumber; Google Images


Ini adalah kitaran ear mites. Vet kata boleh dibasmi, tapi kita kena laa sabar.



Kawan-kawan ada yang kena macam rina tak? harap boleh share cerita kawan2 :)

Wednesday, September 24, 2014

Seronoknya bila bekerja di rumah-part 2

assalamualaikum and good morning all. Mama bubuye vo lagi harini. Mentang-mentang dah ada thin client and boleh remote je. ahaaa... inilah lumrah hidup sebagai seorang programmer. Masa belajar dulu, I never thought that I will be a programmer. kalau bukan mengadap coding, kene mengadap document. Ni dok mengadap data migration sambil menyetelkan handover.

Bangun pagi harini badan terasa lemah. sengal satu badan even Maru dah urut pagi tadi. Apalaa sangat dengan urutan Maru. berat tak sampai 4kg pun. nak rasa apa nye kan?

Biasalaa, bila tengah mengadap lappy, ada yang meneman dan tak kurang juga yang nak membantu. Tengok saja laa... rajin anak mama teman mama kan?

selamat bekerja kawan2..

Tuesday, September 23, 2014

'Seronok'nya bila bekerja dari rumah

Suka bila dapat peluang bekerja dari rumah. Janji ada internet and boleh buat online meeting. Memang every Monday and Friday Mama Bubuye pilih untuk bekerja kat rumah. Malas nak masuk office. Hehe. Well, bila bersembang pasal VO ni kan, ramai kawan2 office cakap untuk yang takde anak-anak ni memang paling best la. Kalau ada anak2, memang best juga, tapi kekononnya yang tak de anak2 ni lagi best. Hurm, bagi Mama Bubuye, rumah ni macam akan kanak-kanak je. Everyday kene kemas rumah. kene selalu sapu sampah. Kene selalu mop. Sama je. Dengan 6 sesengal dah mampu memeningkan kepala mama. Time nak menaip, time tu la nak tido atas riba. time tu laa buat lari kijang ramai2. macam-macam.


Apapun, i am happy to be given the chances to spend my day with them. walau separuh hari tinggalkan mereka, kejap2 dok check henpon. Ni baru anak berbulus, kalau anak betul?? 

Kucing ni masing-masing ada perangai masing2. Ada yang well behave, ada yang nakal, ada yang kaki bully, ada yang kuat mengadu dan ada juga yang buat hal sendiri.Baru 6 ekor. kalau macam kawan2 yang cecah puluhan ekor tu, cemana laa gamaknya kan.

Yang 6 ekor ni pun, tak larat nak layan bulu mereka. Kadang2 terasa nak cage kan je mereka. Senang. Tapi kesian laa pula.. Cemana ya kawan2 yang lain. Ok tak kalau siang cagekan, malam je lepas dlm rumah..Bertahun jadi mama miow ni, baru ni terasa nak kurung mereka... NAKAL sangat dah ni..Haishh..


Ada tak cara nak buang bulu yang BANYAK melekat kt sofa2 ni? penat dah pakai roller ikea and vacuum barrel ni.COWAY?? macam ok tapi tak tau tahap ok nya macam mana. Boleh ke elakkan bulu melekat di sofa? takkan nak pakai sofa leather, rasanya suka sesengal tengaok 'cat scratcher' yang besar.. 

Harap ada laa otai2 dapat bagi idea



Friday, September 19, 2014

Our Model - Si Bubuye Yang Boyot

Hurm, dalam senyap-senyap sebenarnya mama bubuye ada niat nak jual kibble sesengal(ada yg berminat tak? ) . Bukan apa, bila beli sharing ni, boleh dapat murah. Sesengal ni dah laa memilih. Kawan-kawan nak tahu, sesengal mama bubuye nie sanggup berlapar jika bukan makanan pilihan mereka yang terhidang. Haishh. The worst thing is when masa bawa pergi vaksin last year, berat masing2 turun mendadak compared to 3 bulan sebelum itu. Haishh.. Reason?? Sebab Mama Bubuye switch from Royal Canin to Orijen. Huh. Tried to switch to other option. Almost all brand yang ada di pasaran Mama Bubuye cuba. Namum, hampa. Sampai vet nasihatkan Mama Bubuye stick je laa dengan  apa yang mereka suka. Lagipun RC tu premium food jugak. Haishh ..(kesian pocket mama bubuye).. Takpe, ada lah rezeki Mama Bubuye kat lain kan??

Oklah, Mama Bubuye belanja gambar terbaru model blog ni :)



Thursday, February 13, 2014

Kesian MARU and TONCHIT

Isk..isk..isk,

kesian anak mama 2 ekor ni. Dah setahun dengan mama, tapi gambar mereka takde pun kat gambar atas blog ni. Sorry laa sayang, mama tak sempat nak gebek-gebek lagi ni.

Mama tetap sayangkan kamu berdua walau kamu berdua sungguh nakal..





Gambar kenangan. Kini dah besar dah Shiro. Dah gelap dah.


Bubuye till now memang lebihkan Shiro even dah ada 4 ekor adik-adik yang lain


Wednesday, February 5, 2014

Hadiah game lari-lari - yehaaaa!!

Yeay, harini check2 post box, ada packaging color coklat and the envelope seems tebal.

jeng..jeng..jeng.....macam kenal je..macam famililiar je...heheh


tak sangka masa main lari-lari haritu dapat free sample. hehe..Benda free, tak de sapa tak suke kan..haha

Namun hampeh. Sengals ni menggada2. makan sikit..mama bubuye mix dengan avoderm. avoderm je yang derang makan. mujur ada maincoon katik or si mini mainkoon. dia je yang sudi makan.

susah kan nak puaskan hati sesengal. sebab tu mama bubuye panggil derang ni sengal. haishh...



btw. thank you whiskas. :)