This blog is about Bubuye and her lil bro and lil sis.

Wednesday, May 4, 2011

Shiro Sakit??




Sampai je rumah selasa malam, Shiro dok lepak dalam bilik auntie farah/ uncle ap nya. Bubuye dok melese2 seperti biasa tapi selalunya Shiro akan mengekori Bubuye ke mana2 sahaja. Pelik? Kenapa Shiro tak ikut Bubuye? At last Shiro menunjukkan diri nya di sebalik bilik yang gelap itu. Ya Allah, kenapa nie sayang? mata Shiro belah kiri mula sepet..ada banyak tahi mata..Kenapa ni sayang. Ini pertama kali anak bulus kami sakit pelik2 macam nie. Bubuye tak pernah sakit macam nie. takat cacing n selsema biasa tuh ada lah. Tahi mata di lap, keliling mata dibersihkan. Shiro tak meragam bila kami membersihkan matanya. Bubuye? Mama Bubuye semppat berpesan kt Bubuye, kalau tak nak Shiro di kurung, jgn dok dekat dgn adik sangat. Mama takut ada yg berjangkit. Bubuye paham kot. Sepanjang malam dia menjaga jaraknya dengan Shiro. Asalkan nampak Shiro, dia ok. Klo Shiro senyap or pergi tandas sekejap, dia mula mencari. Haishh, tak kemana nye adik kamu.

Kenapa nie sayang??

Semalam lepas habis kerja, kami terus rush hantar Shiro pergi vet. Mata Shiro makin bengkak dan teruk. Dr Intan jab and bersihkan mata + bagi Shiro makan ubat. Sempat Dr Intan timbang berat Shiro. Waaa, baru last week vaksin, dah naik 200g. tak jadi nak kesian kt dia dh laa..makan sedap2 nie. Shiro di sahkan kene flu. kene kuarantine kan Shiro. Malam tadi bengkak makin kurang. Shiro asyik tidur. Bubuye teman Shiro tidur. Nampak gaya macamlah seekor ibu kucing yang sedang menjaga anak yang kecil kekononnya. Bubuye..Bubuye.

Pagi tadi, alhamdulillah makin ok. Shiro pagi tadi jadi Bubuye and Bubuye jadi Shiro. Shiro pulak yg miow2 bising tak tahu nak apa. Selalunya pagi2 buta, Bubuye yang suka miow2. Shiro dengan suara2 yg dh nak ada tak de tuh pun banyak cakap. Sorry laa sayang, mama tak paham apa yang kamu nak..hehe..Harap2 balik nie dh ok...

Mama jangan risau, Bubuye jaga Shiro sementara mama and papa keje.


3 comments:

  1. moga Shiro brtambah sihat..:)

    ReplyDelete
  2. cepat sembuh Shiro..Ichies doakan yang terbaik untuk bubuye and chiro.

    ReplyDelete
  3. GTHans: tks. tuh la..sakit2 pun still nakal. memula vet asyik cakap yg kesian2 sbb dia kecik n sakit, last2 bila timbang, vet boleh buat lawak cakap tak jadi nak kesian laa sbb tgk badan naik 200 g in 1 week..hehe..

    Ichi:tks ichi. Bubuye ok je. Shiro je yg sakit/dalam sakit2 tuh, aktif kemain. tido kejap je pas bagi makan ubat. pas tuh... haish

    ReplyDelete