This blog is about Bubuye and her lil bro and lil sis.

Wednesday, August 8, 2012

Mangsa Culik



hahha..takut lah tuh bila baca title ni kan? haa..kenalkan mangsa culik yang nakal ini... memula nk bg nama dia 'Adek' lah, pastuh 'ChaCha'.. end up..namanya 'Kookies'<-- saja je eja macam ni..heheh.. Mama bubuye foster budak nie sekejap sementara nak bagi pada mummy dia. Mummy dia di johor....raya nie Kookies akan beraya di Johor(yeay). Kookies di jumpai org seorg cat lover di Kelana Jaya. Memandangkan dia ada kitten yg kecil2, dia put this lil rascal untuk adoption.(tengs ya :)) petang tuh jugak mama bubuye pi amik dgn papa bubuye. Kebetulan memang niat masuk KTAJ online adoption hse mmg nk culik sekor untuk di bawa balik Johor. Family barunya memang gembira tahu pasal Kookies n tak sabar nak menyambut kehadiran Kookies. Mama bubuye tak risau sebab Kookies akan berada di tgn yang penyayang.

maaf gambar blur. BUdak ni tak reti dok diam

Ok, bab nk kasi nama

Auntie Farah ni bab2 kasi nama mmg sukee dia.. Tah , katanya Kookies nie nama samaran jong kok(macam pernah ku dengar nama ini..di mana ya????)... apa2 je lah labu..memandangkan Kookier adalah jantan(foster dia yg sebelum ini fikir dia betina). Mana mama bubuye tahu??? hahaha.. bila balik check2 ada je 2 ketul comel kt muntut dia..mmg susah nk nmapak. Tapi memandangan kt umah ni ada 3 betina, so mmg blh bezakan...


Ok, kehadiran Kookies as adik angkat agak ditentang habis2an oleh 2 anak bongsu mama bubuye. Biasalah tuh, tak kenal maka tak cinta kan? Shiro pun sgt tak suke dengan budak ini. Hanya Bubuye sahaja yg melayan dia dengan baik...Yerlah, dh jadi macam anak tiri je sengal2 ni buat. Tau laa budak ni mukanya hangit..comel apa..hehhe


semalam Kookies dh mula poo n pee dlm toilet. I hope senang nk train Kookies. Kookies sgt nakal dan buas. memang tak boleh lepas dia langsung. Muke comel, tp haishhh..

Btw, mama bubuye hepi dengan kehadiran Kookies walau mama bubuye tahu mama bubuye hanya foster dia. Takpe, yang penting, mummy dia blh jaga dia lagi baik dari mama bubuye.

Harap balik ni, mieko n nomel dh kenal bau kookies



gambar hiasan:

Bubuye ketakutan jumpe vet..haha

No comments:

Post a Comment