This blog is about Bubuye and her lil bro and lil sis.

Wednesday, September 5, 2012

Roxy Ichimieko Jr a.k.a Cheeto


Panjang kan nama budak busuk ni?? Kenapa busuk? busuk sgt ke budak nie? haa..korang tak tahu tahap busuk budak ni...asal dia nampak bubuye je, paksa bubuye groom dia. Then, jalan2 sikit, oo nampak abg Shiro, trus landing depan shiro paksa dia groom. Jenuh laa abg Shiro melayan kerenah dia sbb bulunya panjang dari abg Shiro.. Jenuh abg Shiro nak groom. Pastuh dia nampak Omey.. trus pi kt Omey paksa Omey groom dia...

beginilah rutin si cheeto. Mama bubuye panggil dia budak malas. Boleh je nak groom diri sendiri, tapi dia sukeeeee paksa org lain(kucing lain laa) groom dia..

Namun Cheeto sangatlah manja dengan yang lain2 + semua org. Dia mudah menyesuaikan diri. Derang sapa2 pun dia ok.

Last week, berlakunya satu peristiwa yang mama bubuye tak dapat maafkan diri mama bubuye. Tah macam mana, budak busuk ni terkurung dalam bilik master. Terasa semua dh keluar, tp macam mana, dia tersesat pulak dalam tuh. Dah lah bilik air tutup..adui..

Balik keje, sayup2 je dengar suara dia panggil mama dia...slow sgt.. Masyaallah, apalah cuainya mama bubuye. Terus check2 badan dia. Takut peristiwa Shiro berulang lagi. Shiro dulu pernah DI KURUNG dlm bilik yang sama sebab pakaikan spot on. habis tapak tangan dia penuh luka2 sebab cakap2 pinti bilik yang diperbuat dari kayu itu...adei.... Alhamdulillah, cheeto tak macam shiro. Tak de kesan darah2 pun.. Cuma dia menahan nk poo poo n pee dari pagi kot. Bukak je pintu, trus dia meluru ke toilet.




Malam tu memang mama bubuye perasan yang cheeto tak de suara...ada pun halus sangat. Jam 4-5 pagi dia kejut mama bubuye seperti memberitahu sesuatu. Mama bubuye layankan je la..dia hanay nak minum air je.

Esok nya, cheeto lemah.. Tido je,. Mujur auntie farah perasan yang cheeto panas sikit...nak kata demam teruk, dia still macam biasa..ada lagi part lari2. makan minum ok..cume kurang aktif dari biasa... Tak putus2 mama bubuye berdoa semoga dia sihat.

Belum pun sempat bawak pergi jumpa vet, cheeto dah menunjukkan reaksi positif. suaranya dah ok. Dia dah mula nak manja2 dok atas lap. Bdan nya dh tak sepanas semalam. Alhamdulillah. Agaknya dia demam sebab trauma terkurung kot. Ya, memang belum pernah dia terpisah dari abg n kakak2 nya selama tenpoh hari. Sejak kes tuh, mama bubuye ensure semua ada kt hall b4 pergi keje.





No comments:

Post a Comment